Archive for February, 2007

28
Feb

Tapai

tapai adalah sejenis makanan originated from malaya. cara nk membuat tapai ni adalah…err…nenek tak sure la plk. hahaha. tapi bahan2 yg wajib ada adalah ragi dan bahan yg nk ditapai, sama ada pulut atau ubi kayu.

anda mesti tertanya2 kenapa nenek nk membebel citer psl tapai pulak neh. bukan pandai masak pun, lagi nk cerita psl masak2. baiklah… sebenarnya this entry is triggered by a research conducted by lecturers in UKM yg mendedahkan satu fakta yg cukup menggusarkan (bagi yg concern. klu yg tak concern tu takdela rs apa2 pun). from 887 students yg di’interview’, hanya sorg je yg still virgin. yg lain2 tu hancur. ada yg even involve in drugs and underground groups. dr kajian tu tak disebutkan pelajar tu melayu ke tidak ke. tapi pelajar UKM kebanyakan nye melayu, so that goes without saying la research ni adalah sebenarnya utk pelajar perempuan melayu.

sekarang ni nenek nk sentuh sikit psl history plk. penjajah datang ke negara kita ni kerana 3G. bukan henpon yg boleh keluar gambar org whom we have the conversation with tp refer to Gold, Glory and Gospel. dlm buku teks sejarah kata dia nk rempah je tp lahanat semua ni sebenarnya nk sebarkan agama kristian jugak lepas kekalahan derg dlm Perang Salib.

but then, kekuatan org Islam bukan terletak pd fizikal (or number) semata2. its more towards kekuatan rohaniah. klu semangat dan iman kuat, datangla dugaan sekuat mana, org Islam insyaAllah senang nk tepis semua dugaan.  dan sebab itulah Muslim won the war. sbb semua berperang sbb nk mati. derg plk perang sbb nk hidup.

jadi, macam manakah nk hancurkan semangat org Islam ni? jadi diorg pun buat la pendekatan ubi dan ragi. kekalkan bentuk tapi ubah the essense.klu kita tgk ubi yg diletak ragi, dia still kekal bentuk as ubi kayu. tapi tgk dlm 3 hari lps tu, bentuk sama, but do we still call that ubi? tak. itu adalah tapai.

samala keadaan kita sekarang ni. luaran, kita still melayu Islam. tp cara hidup kita, culture kita, perlahan2 dh di’rampas’ dan ditukarkan dgn cara hidup kafir.

penjajah2 negara kita sure bangga dgr berita ni. they must have give themselves a pat on the back. syabbas bete…syabbas..! mission accomplished to turn malaysian  to tapai in… 50 years only.

21
Feb

Nenek Yang Bangga

satu pagi yang indah, i received a message from a dear friend asking me to remove our photo from my profile because his other half jealous tgk gambar tu. i was horrified at first because i never meant to sakitkan hati sesapa with that photo. i apologised to the girl (thru her bf) and remove the photo, pronto.

AFTER i removed the photo, something occured to me. mengapalah dia mahu jeles dgn kami. our relationship is purely platonik and i am sure as hell dia takde nafsu langsung dgn nenek sbb nenek ni bkn taste dia pun. (and even though he is a good friend, dia pun bkn taste nenek).

dan gambar yg diletak itu was not my best photo. rupa nenek sgt comot dan selekeh masa tu. and judging from the body language, anyone can see yg kami tak attracted langsung antara satu sama lain. and his girlfriend is VERY beautiful and angelic-looking babe ok. takde sbb la dia rs terancam dgn nenek ni.

but the fact yg nenek berjaya membuat prettier and hotter girl feel inferior, really really make up my day. nenek berasa sgt bangga sekarang. dan oleh kerana nenek sedang berasa bangga, i decided to make this entry shorter because nenek nk meng’kaver’ hidung nenek yg sedang kembang ni….

hins…hins…

16
Feb

Nenek Terseksa…

Pernahkah anda rs nk gelak cam nk mati tp terpaksa tahan sbb anda dlm keadaan yg tak mengizinkn? (contohnya ketika itu anda berada di dlm ofis yg senyap sunyi di mana semua org tgh bz buat keja masing2?). apakah perasaan anda ketika itu? nenek pernah dan selalu mengalami keadaan seperti ini ye.

salah satu sbb nye adalah kerana nenek melayari laman web yg tak berkaitan dgn kerja ketika waktu pejabat. (okay, i’ve admitted my crime. how about yours?) dan website tersebut betul2 menggeletek jiwa nenek. rasa cm nk mati tahan gelak ok. kenapalah nenek harus menahan diri dr nikmat dunia i.e gelak cam syaiton, seperti ini? ini sgt menyeksakan ok.

(note: kadang2 nenek harus masuk website seperti ini atas kehendak kerja. contohnya baru2 ini cik kusyai mintak tolong nenek carikan video klip yg funny2 ttg kebodohan manusia sejagat yg sentiasa membuat onar di pejabat walaupun mereka sedar risiko yg bakal dihadapi tp ttp nk buat gk sbb nk senang. the video klip is for his presentation related to behavior based safety ye. tp sementara nenek dh ‘ter’masuk website tu, nenek tgk gk la video klip yg lawak cam haram kt situ)

kadang2 yg buatkan nenek terseksa nk thn gelak bukanlah video klip lawak tersebut, tp kerana blog org. nenek suka baca blog org, terutama yg cerita psl diri sndiri, honest, true but lawak cam haram. antara yg selalu buat nenek terseksa adalah dia dan dia. gilos tul mereka2 ni. selalu buat perut nenek rs nk terburai. untuk budak ni plk, nenek takleh tgk muka dia selama sejam selepas nenek baca blog dia sbb sure nnt nenek akan gelak cam nenek kebayan. hampeh sungguh…

nenek kena keluar ni. nenek nk tarik napas lps thn gelak td… aduh… nenek sungguh terseksa!

14
Feb

Bila Tandas Terlalu Wangi

kita selalu jumpa tandas busuk. apa terjadi bila kita jumpa tandas yang wangi? (this is not a trick question. no apostrophes for the word ‘wangi’ there. when i type wangi, i mean wangi. as in harum.)

tandas ofis nenek sgt wangi. makcik cleaner kt ofis makcik always make sure that the toilet is in top condition, which is very good but a little over-the-top sometimes. she uses the strongest smelling cleaner available in the market in copious quantity to clean the already-clean toilet and forgets to rinse it off. (or maybe she did that on purpose).

so when i go to the toilet to do my business, i end up feeling dizzy because of the too-wangi smell. and the worst part is that the smell of the cleaner stuck on my cloths for several hours after i get out of the toilet. so can u understand why i avoid the too-clean toilet whenever i found out that the makcik cleaner had just cleaned the toilet?

selalunya org avoid toilet busuk tp in my case, i avoid the clean and wangi toilet. nenek rs kita dh terbiasa dgn toilet busuk sampaikan kita dh takleh tolerate toilet yg bersih. 

personally, nenek rasa ada konspirasi sebenarnya ni. the purpose why she use the strongest-smelling cleaner is so that people wont spend too much time admiring themselves in the mirror. sbb bila toilet dh wangi sampai tahap pening kepala tu, we will get out of the toilet as soon as possible sbb hidung dan kepala kita akan suffer klu spend too much time in the toilet.

tu la pasal…sekarang nenek ssh nk admire kecomelan diri nenek kt toilet lagi. susah betulla nk buat keja pas ni….

08
Feb

Kerbau Sekandang dan Anak Perempuan Seorang

i called my mum  a few days ago and she asked me when will i balik kampung.

"raya cina mak. along balik raya cina nnt"

"balik dgn sapa?"

"dgn dikwan… (my younger brother)"

"lagi..? balik berdua je?"

"aaa? sapa lagi nk balik? yun (my younger sister) kt seremban kan?"

"tak laaa… balik dgn dikwan je ke? yg lain2 tak balik?"

the way she said "yang lain2" was quite funny la so it occured to me yg dia not mean about my other siblings.

"oooh..anep (my husband) yg hantar kitorang balik."

"manja! balik la sendiri…" she teased and i gigled.

"dia yg nk hantar. along nk je balik sendiri tapi dia yg berkeras nk hantar. dia kata risau along balik sorg2"

"bukan balik sorang pun. balik dgn dikwan."

"tu la psl."

"mak risau je ko balik berdua dgn dia"

i begin to feel risau. kenapakah nk risau dgn kitorg?

"bahayala balik berdua. korang tu muda…" and she let her sentence to hang like that.

"mak tak caye kt along ke?"

"bukan tak caye. korg tu muda. klu dh sayang ni, mcm2 bleh jadi. heii…kau ni. kecik2 dulu senang nk jaga, dh besar pening kepala mak pk"

tergelak nenek dengar. mak nenek selalu cerita yg nenek sgt sng nk jaga dr masa kecik until teenager. masa mak2 org lain pening sbb anak dara diorg ada bofren, nenek TAKNAK ada bofren. bila ada funfair buat mini konsert newboyz and spin, anak dara org lain menggedik nk pegi, nenek duduk rumah. (really, who is stupid enough to watch newboyz and spin, free as it may be? i’d rather slit my throat and threw myself in gaung than to watch those sissy boyband with shitty and rubbish songs)

bila dh besar ni, ada bofren, asyik nk berkepit la pulak. mana la org tua tu tak risau. sian mak…hahaha…

"tu lah…betul org kata, sng jaga kerbau sekandang dr jaga anak perempuan seorang" she complained and sighed.

terasa la nenek sket. ape la pulak nk disamakan nenek dgn kebau? sungguh tak glamer sekali…

"tp, mak lebih suka mana satu? kerbau sekandang ke anak perempuan?"

she gigled. "mestilah anak perempuan. kerbau seekor harga rm1000, anak perempuan harga paling kurang rm5000"

pulak dah…

07
Feb

Manusia Terkutuk

nenek sebenarnya tak paham… apakah ke’best’an nya mengutuk org? nenek tak kata nenek baik, tak pernah kutuk org. tp kenapakah mesti kutuk kawan sendiri?

satu hari, seorg kawan rancak bercerita tentang sesuatu yg dia tak puas hati tentang kawan dia. dr cara dia bercerita, nenek anggap orang yg dia kutuk tu org jauh. org yg tak rapat dgn dia. nenek diam dan dengar. tak nak menambah sakit hati dia (dan tak nak menambah dosa sendiri). last2, bila nenek agak2 dia dh luahkan perasaan, nenek tya,

"siapa org tu?"

"si polan"

terkejut nenek. org yg dia dok kutuk tu org yg rapat dgn dia, kawan baik dia. i cant help but terpikir, klu dgn kawan rapat pun dia mengumpat, apa pulak dia mengumpat psl nenek.

nenek tak terdedah dgn environment mengumpat kawan sendiri semasa kt utp sbb kwn nenek yg rapat dan ex-ex rumet nenek semuanya jenis bukan pengumpat/pengutuk. klu diorg tak puas hati, diorg akan tegur depan2.

lagipun sebenarnya betul lah cara ex-ex rumet nenek. klu anda tak puas hati dgn si polan, dan anda mengumpat dia, adakah dia akan berubah? klu anda tegur dia, at least dia tau apa kelemahan dia and dia akan try utk berubah jd better.

utk kawan2 nenek, klu ada yg tak puas hati dgn nenek, tlgla jgn mengumpat dkt org lain. tegur nenek. tapi kena ada cara. jgn tegur yg memalukan. contoh tegur yg memalukan tu, tegur dpn org ramai. dgn suara kuat pulak tu. contohnya mcm entry nenek psl org mulut busuk, klu nk tegur dia, takkan nk cakap dpn org ramai, cakap kuat2 "oi, mulut ko busuk". tak ke sakit hati and malu kawan tu.

klu tak puas hati dgn nenek, slow talk dgn nenek. face to face dgn nenek. nenek tau wpun nenek baru kt sini, ada yg berkebolehan nk judge nenek macam diorg kenal nenek dh lama. nampaaaak je kesilapan nenek. aduuh… tk paham.

ssh jadi manusia ni. klu kita rasa kita tak buat apa2 pun boleh dikutuk. itulah… nenek pun dh jadi manusia terkutuk sekarang… hahaha…

07
Feb

Perubahan Diri

nenek peratikan nenek dh mengalami beberapa perubahan dr segi fizikal semenjak dua menjak ni. (dr segi mental dan psikologikal belum berubah lagi). nenek pun tk tu kenapa baru sekarang nenek alami semua ni.

1. i have longer hair

ok2…i know bukanla benda yg boleh dibanggakan sgt. i mean, everybody’s hair getting longer klu tk potong. tp nenek bangga sbb ini 1st time rambut nenek lepas bahu. nenek plan to keep my hair until june, then nenek nk potong ikut style yg biasa nenek buat (short, layered) and ‘rebond’kan! sure nmpk cam bdk jepun nnt. hahaha… <– gelak perasan.

2. i have clearer skin

ok, ini nenek tak tipu sbb adik and mak sedara nenek pun tegur. my skin was very oily. klu pakai clean and clear oil control film tu, penuh satu film dia serap. dh tu kena pakai 3 kali sehari lak tu to keep my skin matte. klu perah film tu, leh wat goreng ikan.

skrg ni kulit nenek bukan aje less oily, tp nenek dh tak bergantung sgt dgn oil control film tu. mebi sbb nenek terdedah dgn aircond, tu yg buat kulit nenek kering. which is good for my facial skin la sbb dia extra oily, tp bila ddk dlm aircond, dia jd matte plk. hahaha… tp ade gk ke’takbest’an nye. bila dh ddk dlm aircond, kulit badan + kaki + tgn nenek plk jd kering sgt2. nenek kena pki lotion dlm ofis. tapi, nenek pki baju kurung kt ofis, so tader saper nk tgk kulit nenek yg huduh tu. hahaha.

oh ye, all the bullshit yg kita kena pki skin care range from the same line? ini adalah penipu. contohnya, nenek pki pencuci muka for oily skin, toner for acne prone skin and moisturiser for whitening. they dont even the same brands. tapi muka nenek takde ape2 pun. in fact, klu nenek pki the same brand for all the things tu (cleanser-toner-moisturiser), muka nenek akan tumbuh jerawat. mcm baja pulak kklu pki same line tu. mebi logiknya, klu muka anda ttp berjerawat, anda akan ttp memakai produk tersebut dgn harapan jerawat tersebut akan hilang. cisss…sungguh penipu sekali…!

3. i’ve gain some weight

YAAAAA…i’ve gain some weight. dh tambah 0.5kg dlm masa 2 bulan nenek ddk kt sini. nenek rs, puncanya sbb nenek duduk dkt dgn atok. atok tu keja dia bg nenek mkn je. nenek mmg nk tambah berat badan sket sbb nenek ni underweight. and it usually took 1 year to gain 1kg. skrg baru dua bln and nenek dh tambah 0.5kg. bygkan nenek spend the rest of my life dgn atok and i gain approx. 6kg/year. by the time nenek dh 60 yrs old, berapa agaknya berat bdn nenek? (now i’m 22, weight 40.5kg. u do the math)

4. kaki nenek bertambah besar

nenek pun agak pelik la dgn fenomena ni. nenek biasanya pki kasut/sandal/footwear saiz 5 (klu beli kt bata) atau saiz 6 (klu beli kt vinnci). tp last time nenek beli selipar, i found that i have to wear saiz 7. TUJUH!! goodness sake. baka ronald mcdonald apa…

yg nenek tak puas hati tu, kenapakah kaki yg harus membesar? klu bontot ke, buah dada ke yg membesar sedap juga…

05
Feb

A Glimpse Of KL

Nota: ketika anda membaca post ini, bear in mind bahawa nenek adalah p’puan tua yg tggl di kampung for all her life dan hanya bertemankan beruk dan ungka (sejenis haiwan) di kampungnya dan ini merupakan pertama kali tggl di bandar besar seperti kl yg juga penuh dgn beruk dan ungka, tp dr spesis homo sapien.

yesterday was a very interesting day. byk benda yg nenek jumpa. yesterday, i went to jln tun abdul rahman (TAR) sbb nk beli tudung. masa atok carik parking, dia masuk jln hj taib sbb well, nk cari parking. and then dia tunjuk kt 2 org hot chics kt tepi jln. (and i really mean it, they ARE hot). "itu maknyah" dia kata. and i looked at them and gaped. "are u sure?! cantiknya!" and i ogled at them. bila nenek perati betul2, yes, adala sket rupa jantan bersolek. and nampak halkum! atok kata dia risau nk parking kt situ sbb takut kena ngorat. nenek kata takkan kena ngorat klu atok dh jln dgn nenek. dia kata diorg bukan kira semua tu. tapi pastu atok carik parking dkt sket dgn jln TAR tu.

then kitorg tgk parking penuh. then ada satu parking vacant. tapiii…ada mat pet jaga. klu tak byr diorg, nnt kereta kena calar. we are extorted to pay them. bak kata atok, apala nilai rm1 berbanding kereta yg kena calar nnt. tapi nenek pelik gk kenapa mat pet tu tak pegi kt kereta kitorg. instead, dia pegi kt public phone kt depan kitorg.

dlm nenek pelik2 tu, ada 2 org abg muka garang dtg dkt mat pet tu and tarik baju dia. (tapi tak la kuat). nenek dh takut dh. igt ah long dtg nk mintak hutang dgn dia ke sbb muka abg2 tu SGT garang! atok kata, buat tk tau je, pandang tmpt lain. tp i cnt help it! bila lg nk tgk drama ala gerak khas dpn mata kan? then abg muka grg tu tarik mat pet tu pegi. theeen…barula nmpk gari. rupa2nya abg2 muka garang tu adalah polis. (peringatan kepada ah long, bkn anda sorg je muka ganas, abg2 polis tu pun ganas gk tau!). atok kata mmg skrg diorg tgh ligat operasi nk banteras jaga parking haram tu. which is, i think a comforting thought la. and atok dpt menjimatkan rm1 sbb takyah derma kt mat pet tu buat beli dadah.

after beli tudung (dan barng2 tak ada dlm list), kitorg pun balik. on the way tu, tgk byk sgt mat motor. mula2 nenek tak pk ape, tp atok kata "dh mula daaah..". i was secretly very excited because i got to see mat rempit berlumba! hahaha. i know, i know, nenek mmg keji. tapi kt kampung nenek tk berpeluang tgk semua ni. nenek bawak moto plg laju pun 50km/j.itu pun dh bangga sgt dkt org kampung. lg pun nk wat pe bwk laju2 kt kampung tu. kampung tu kecik je. klu bawak 30km/j pun sampai gk. sbb tu la nenek suka dpt tgk derg.

bila kt traffic light, keta atok antara keta yg paling depan sekali. mat2 rempit semua dtg ke depan. and bila makin lama makin byk mat rempit, i started to feel scared. masa tu nenek t’pk, klu diorg nk pecahkan tingkap kereta ni ramai2 n belasah kitorg, mmg kitorg takkan dpt melawan sbb derg sgt ramai! atok mebi pk macam tu jgk sbb he keep on looking his side mirror and cermin pndg belakng tu.

tak lama lps tu, i got to see the most interesting thing. ada sorg mat rempit tak sempat nk brek and dia terlanggar bontot teksi. dia tergolek but cepat2 bangun. abg teksi tu keluar teksi and kejar mat motor tu. mat motor tu lari BERTENTANG ARAH dr trafik! gila berani and, well… gila.sanggup dia redah camtu je. atok kata, "atok tak nmpk nombor plat mat motor tu, klu tak atok pegi bagitau abg teksi tu". i was speechless tp sbnrnya risau gk klu abg teksi tu dpt tangkap mat motor tu. klu tak, nenek dpt tgk drama blasah2 org plk. gila takut. nenek takut tgk org bergaduh ok. tgk accident putus kepala putus kaki nenek ok lagi, tapi klu tgk org bergaduh, nenek sgt takut.

oh ye, i got to see perempuan pembonceng motosikal itu juga. (berlapis tu bahasa…). they were very sexy. tapi ade jugak yg gemok gedempol, membayangkan bahawa mat rempit ni tak kisah rupa paras seseorg p’puan, yg penting ‘dalamannya’. atok kata mereka ni poyo sket. klu ada org tgk, lg la mereka akan menunjuk-nunjuk stunt mereka. nenek pun pura2 la usha mereka. dan mereka tunjuk aksi wheelie dpn nenek. utk pengetahuan anda2 mat rempit sekalian, sebenarnya nenek tak de la impress pun dgn aksi wheelie anda semua tu. nenek just pelik sbb anda semua lebih beruk dr beruk kt kampung nenek. nenek paham anda semua gayat bila naik moto. tu yg perangai sekor2 sumer camtu.

lepas nenek dh sampai rumah, nenek igt dh abes dh adventure utk hari tu, so tanpa tggu keputusan anugerah bintang popular mlm semalam, nenek pun tdo dgn enaknya. (lagipun nenek tau mesti mawi gk yg menang. bosanla nk tgk. tak surprise dh). tapiii….pukul 4.38am nenek terjaga lagi. (nenek tau pukul berapa sbb nenek tgk jam masa tu). nenek dgr bunyi org menjerit2 and bergaduh. nenek masa tu mamai + ngantuk, so tak amek pot sgt. lagipun bg nenek, antara tdo dgn tgk laki bini gaduh, tdo lebih penting.

pagi tu, hausemate nenek yg tak dpt tdo cerita yg ada kapel gaduh mlm tadi. derg start bergaduh pkl 3 pagi. goodness sake. org kl mmg gila. pukul 3 tu time tdo la budak!yg hang g gadoh wat pe..? dia kata awek tu jerit2 and nangis2. pastu ada org kt flet nenek jerit soh derg diam. yelah, mengganggu org jer. tapi nenek tak sedar lagi masa tu. yg nenek sedar masa pkl 4.30am tu. housemate nenek kata awek tu lari kt bwh, dgn kaki ayam nye tu then berdiri tgh2 jln raya and nangis2 kata kt pakwe dia "awk jgn ikut sy. biar sy mati. biar sy bunuh diri!"

pastu ade kereta lalu. tp bila p’puan gila tu berdiri tgh jln, dia lalu la kt tepi. yg pakwe dia plk agknya dh mls nk lyn perangai gila awek dia, dia tggu tepi jln n hisap rokok. bila dia tgk pakwe dia tak lyn dia, dia pegi plk kt pakwe dia. heran betol. dh majuk tu, majuk la betol2. bole plk DIA yg pegi kt pakwe dia. kn spoil the whole purpose tu? bila drama melayu dh habis, housemate nenek kata boleh dgr satu flet tutup tingkap. meaning satu flet dgr dan tgk derg bergaduh. gila malu…

apa yg p’puan tu pk masa berdiri tgh jln nk bunuh diri tu? apa yg dia buat kt rumah lelaki (atau lelaki kt rumah p’puan) masa pukul 3 in the morning? nasib baik kt kwsn p’umahan nenek ni tak bz masa pkl 3 tu. kereta tu pun sebijik tu je lalu n dia pun bwk pelahan je so sempat la ngelak. klu tak, sure tengahari ni anda boleh dgr kt berita terkini "seorg p’puan gila mati kena langgar kereta di seksyen 1 wangsamaju  di ibu negara pagi ini…"

jadi, itulah sedikit sebanyak yg nenek dh tgk dh experience sendiri kt kl ni. nenek tgk fenomena pondan, mat rempit, org p’puan (atau lelaki) suka suki g rumah pakwe/makwe dia pukul 3 pagi dan bergaduh…semua nenek dh rasa. and its just…2 months i’m here. lagi 6 bulan kt sini, nenek tak tau la apa lagi nenek boleh tgk. gosh…i LOVE kl! hahaha…

01
Feb

Syaitan…

nenek bukan nk citer hantu di sini. cumanya nenek nk review psl filem syaitan yg nenek tonton semalam. (tapi tajuknya sangat menarik perhatian kan? klu tak, kenapa anda baca blog ni? hahaha). bagi kawan2 yg rapat dgn nenek, yg tau nenek ni adalah pengutuk kuat filem melayu, ingin nenek clarify something di sini. filem melayu yg nenek kutuk tu cuma filem dr dato’ yusuf haslam atau nama glamernye DY Haslam dan razak mohideen. nenek tak tgk filem sampah macam tu because, really, i dont want to insult my common sense. klu bg nenek rm10,000 pun nenek tanak tgk filem diorg. okay,lets be rational, i will watch their films if i get bribed for rm10,000 but i will DEFINITELY sleep throughout the film.)

nenek tgk filem ni sbb nenek tertarik dgr iklan dia kt radio. bila dgr bade yg direct, lagila nenek nk tgk. bknla minat sgt dgn bade tu tp most of his films kira orait la.

cerita ni psl nisda kawen dgn rosyam, tp bkn ats persetujuan dia. kira mcm arrange marriage la. b4 tu dia ada bofren but then dia kawen dgn org len. (sebenarnya nenek tak tau caner nk citer psl jln citer dia bukan ikut chronology).

citer ni kena ada penghayatan lebih sket sbb citer dia agak berat. dan lebih parah lagi sbb jln citer dia berterabur. bkn berterabur yg gelabah tu, tp berterabur sbb tak ikut chronology. sekejap dia fast forward, kejap dia rewind…mmg kita kena tgk sampai habis b4 kita leh phm n wat conclusion. tapi…nenek tak phm la citer dia.

ini ikut pemahaman nenek…(mebi betul, tapi most likely salah), citer ni psl nisda nk buatkan rosyam nmpk cam giler sbb dia taknak kawen dgn rosyam sebenarnya. so dia pakat dgn ex dia utk buatkan rosyam ni mcm giler. klu anda tgk filem ‘trauma’, mebi macam tu kot. cumanya trauma tu kita sng nk phm la even though kita tak sangka yg nasya tu antagonis citer tu.

citer syaitan ni pun, kita tak tau apa kaitan que haidar dgn hidup rosyam nor. bila dh abis citer baru la kita leh phm (kot). tapi sampai sekarang nenek tak phm apa kena mengena ellie suriati dgn rosyam nor. maksud nenek, lepas rosyam nor terjatuh dr tingkat 7 rumah dia dan ‘landing’ ats bumbung kereta, dia ternampak ellie suriati pgg sorg baby b4 dia unconcious. then akhir sekali dia naik kereta dgn ellie suriati and one boy, rs2nya anak dia kot. kejap2…nenek pun tak phm ape nenek citer ni. filem ni mmg keliru sket la.

ape pun, klik sini for more information about the film. mebi link tu can explain better than me.